Wednesday, January 26, 2011

ANTARA TENAGA PENGAJAR STRG

ANTARA TENAGA PENGAJAR STRG

PENGAJAR DAN KETUA JABATAN GRAFIK

KETUA JABATAN GRAFIK



INFO PENUH MENGENI SUBJEK YANG DIAJAR, SYARAT KEMASUKAN DAN SKOP KERJA

Tempoh  :    24 bulan (sepenuh masa)
Dijalankan di IKM :     Sik  (Kedah); Sungai Petani( Kedah)
Kelayakan Masuk         : 1. SPM/SPMV, Lulus Bahasa Melayu & Matematik dan Fizik atau Sains  
    dan KEPUJIAN Pen. Seni / Pen. Seni Visual / Lukisan      
   (Tidak termasuk Lukisan Kejuruteraan / Geometri )
ATAU
2. Lepasan Program Titian anjuran Latihan Kemahiran MARA.
Kandungan Latihan   :      
i)  Kursus ini menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dalam bidang pengiklanan dan
   grafik yang mana meliputi:
1. Konsep dan asas rekabentuk berkomputer
2. Pembuatan papantanda dan papantanda  berlampu
3. Asas pendawaian elektrik
4. Asas fotografi dan videografi
5. Cetakan saring
6. Aplikasi multimedia
ii)  Latihan Industri
Latihan Industri adalah salah satu syarat wajib bagi semua pelajar Institut Kemahiran MARA bagi memenuhi
syarat penganugerahan Sijil Teknologi Pengiklanan dan Rekabentuk Grafik. Tempoh perlaksanaan ,
maksima 5 bulan.  Tujuan latihan industri diwajibkan antaranya ialah untuk:
1. Mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan sebenar.
2. Mempertingkatkan pengetahuan pelajar-pelajar dengan industri-industri/organisasi-organisasi yang
diminati.
3. Memberi peluang kepada mereka untuk menjalankan tugas sebenar dalam suasana yang lebih
mencabar.
 Kandungan Silibus
Semester 1 :     ● Advertising Signage  ●  Advertising Materials  ● Typography
● Computer Graphic Application    ● Design Studies   ● Technical Drawing  
● Introduction To Computer   ● Mathematics 1  
● Basic English Communication Skills 1   ● Entrepreneurship  
● Islam Dan Konsep-Konsep Asas   ● Asas Etika Dan Nilai   ● Co-Curriculum 1
Semester 2  :     ● Advertising Signage Construction ● Computer Graphic Manipulation  
    ● Sign Pictorial   ● Plan Reading  ● Photography   ● Mathematics 2  
    ● Basic English Communication Skills 2  ● Business Planning  
    ● Islam Sebagai Peradaban Dan Tamadun   ● Teori Etika Dan Konflik Moral  
● Co-Curriculum 2
Semester 3   :      ●  Printing Technology   ● Multimedia Application  ● Photographic Imaging
    ● Estimating And Costing  ● Major Project  ●Pengajian Malaysia  
    ●  Basic English Communication Skills 3 ● Entrepreneurial Project  
    ●  Institusi Islam   ● Masalah Dan Isu Moral  
Semester 4   :      ● Industrial Training
 
Prospek Kerjaya  :          
Jawatan : *  advertising designer;  * graphic designer;   * stationery designer              
* set designer;    * magazine or newspaper designer;   * exhibition
Designer;   * illustrator;   *   photographer;    * image touch-up designer  .
Industri/Sektor  : Awam/Swasta seperti pengiklanan, perhubungan awam, pencetakan,
jernal, pemasaran, penjualan, perkhidmatan, pengurusan, multimedia
dan fotografi, pembuatan papantanda dan cetakan saring di syarikat-
syarikat pengiklanan juga pereka grafik dan display artist di pusat
membeli-belah, hotel-hotel dan Agensi Kerajaan.
Peluang Melanjutkan Pelajaran :
Lepasan pelajar Sijil Teknologi Pengiklanan dan Rekabentuk Grafik juga berpeluang untuk melanjutkan
pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta seperti Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Universiti
Institut Teknologi MARA dan Institut Rekabentuk MARA.

Tuesday, January 25, 2011

SYARAT KELAYAKAN SIJIL TEKNOLOGI PENGIKLANAN &REKABENTUK GRAFIK

Berkelayakan akademi bagi Kursus Teknologi Komputer ialah:
        Sijil Pelajaran Malaysia SPM/SPM(V) dengan lulus:
  • Bahasa Melayu
  • Matematik dan
  • Rampaian Sains atau Fizik
  • Pendidikan Seni @ Lukisan (Kepujian) (Tidak termasuk Lukisan Kejuruteraan @ Geometri)
Tempoh Latihan
  • 24 bulan (4 semester)

SUMBANGAN PAPAN TANDA TASKA AR-RAHMAN

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pejabat Agama Daerah Sik amat berbesar hati memohon kerjasama dari pihak Jabatan Seni dan Rekabentuk, IKM Sik dalam membantu menceriakan bangunan Taska Ar-Rahman, Sik, Kedah untuk menyumbangkan dua papan tanda.
Dengan adanya papan tanda ini memudahkan orang awam untuk mengenalpasti fungsi bangunan tersebut dengan mudah dan jelas.
Pada 17 Mei 2010 yang lalu, papan tanda tersebut diserahkan kepada Taska Ar-Rahman Sik oleh Timbalan Pengarah KPHP IKM Sik,Tn Hj Mohamad B Mohd Noor.

IKM SIK KEARAH PERSIJILAN 5S

Kemeriahan 5S di IKM Sik semakin terserlah. Pelbagai imej, gaya, warna, bentuk dan suasana baru wujud hasil kerjasama kreatif setiap ahli-ahli zon. Setiap sudut dan ruang dimanfaatkan sepenuhnya demi 5S. Salah satu penjana semangat warga IKM Sik berhempas pulas menghangatkan suasana 5S di zon masing-masing adalah kerana bahang AUDIT.
Audit memainkan perana utama dalam memastikan Amalan 5S dijalankan dengan betul mengikut piawai yang ditetapkan oleh MPC (Malaysian Productivity Corporation). Maka dengan itu, Jawatankuasa Unit Audit 5S yang diketuai oleh Ustaz Adanan bin Hussin dengan giat telah menjalankan audit peringkat dalaman secara berperingkat untuk memastikan matlamat dan objektif 5S IKM Sik tercapai sepenuhnya.
Unit Audit 5S telah melakukan pemantauan audit yang pertama pada tanggal 1 September 2009 sehingga 8 September 2009 yang lalu. Ia disusuli dengan audit yang kedua iatu pada 1 Mac 2010 sehingga 25 Mac 2010. Memandangkan tarikh untuk pengiktirafan pensijilan 5S yang dijadualkan pada bulan Jun 2010 semakin hampir, maka Unit Audit berusaha menjalankan aktiviti pemantauan audit yang ketiga pada 27 April 2010 sehingga 29 April 2010. Dan yang terkini, dalam membuat persediaan untuk menerima kedatangan pegawai dari MPC iaitu En Mohd Suffian bin Ahmad, Unit Audit sekali lagi melakukan audit yang keempat pada 16 Mei 2010 sehingga 17 Mei 2010 yang lalu. Tujuan En Mohd Suffian dijemput hadir ke IKM Sik adalah sebagai ‘observer’ yang akan melihat serta memberi pandangan terhadap status Amalan 5S buat masa ini.
  
Seperti yang dijanjikan, maka pada 20 Mei 2010, En Mohd Suffian bin Ahmad telah berbesar hati meluangkan masa untuk meninjau kedudukan Amalan 5S di seluruh kampus IKM Sik ini. Langkah permulaan program lawatan dari MPC ini dimulakan dengan persembahan slaid Amalan 5S IKM Sik oleh En Hasrun bin Mohd Hassan selaku Koordinator 5S IKM Sik. Setelah melihat pegawai MPC telah mendapat gambaran awal mengenai Amalan 5S IKM Sik, kemudian lawatan diteruskan dengan membawa En Mohd Suffian bin Ahmad melawat beberapa zon untuk di beri pandangan penambah baikan. Ianya meliputi hampir keseluruhan zon. Sesungguhnya jelas terserlah kewibawaan En Mohd Suffian selaku pemantau 5S yang profesional dalam memberi komen yang membina. Sedikit sebanyak, setiap ahli zon dapat memperbaiki kelemahan dan kekurangan sedia ada.
Pengalaman sehari bersama pegawai MPC amat bermakna kepada setiap ahli Jawatankuasa 5S IKM Sik untuk mempergiatkan usaha dalam meneruskan serta memperbaiki kelemahan Amalan 5S ini. Amatlah diharapkan semoga cita-cita IKM Sik untuk mendapat persijilan 5S tercapai seperti yang telah dirancang supaya institusi ini dapat bergerak seiring dengan IPT lain menuju ke arah pusat latihan bertaraf dunia.

LATARBELAKANG IKM SIK, KEDAH



  • Sejarah penubuhan Institut Kemahiran MARA Sik adalah di atas cadangan bagi memindahkan IKM Alor Setar yang sedia ada ke lokasi baru iaitu di Daerah Sik. Ini kerana pajakan tanah Kerajaan Negeri selama 25 tahun telah tamat dan kawasan untuk pembesaran adalah terhad.
    IKM Sik terletak di Sik Dalam, Daerah Sik, Kedah dengan keluasan 33 ekar dan harga tanah bernilai RM 3.0 juta. Jenis syarat asal tanah adalah jenis getah, sawah dan tanah kampung. Bangunan direka khas oleh Azmi Luddin Architects yang telah menelan belanja lebih kurang RM 47.0 juta. Kos keseluruhan adalah berjumlah kira-kira RM 67.7 juta termasuk bangunan, tanah, bayaran ikhtisas, peralatan dan kelengkapan.

      

    Majlis pecah tanah telah diadakan pada 24 April 2000 yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Hj Syed Razak Syed Zain, Menteri Besar Kedah. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Y. Bhg. Tuan Hj Abdul Karim Haron (Ketua Pengarah MARA), Tuan Hj Abdul Aziz Abdul (Pengarah Bahagian Kemahiran MARA), Pengarah MARA Negeri Kedah dan tetamu-tetamu jemputan.

    Penempatan kakitangan yang bermula dengan Pengetua, Penolong Pegawai Tadbir (k) dan beberapa tenaga pengajar bermula pada Januari 2004. Mereka ditempatkan di Bahagian Kemahiran dan kemudian di tempatkan pula di Pejabat MARA Daerah Sik sebelum masuk ke kawasan IKM Sik.
    Pada 1 Ogos 2004 semua kakitangan yang ada berpindah ke dalam kawasan IKM Sik dengan dikendali oleh 30 kakitangan dan tenaga pengajar. En. Ahmad Jalaludin Bin Hj Mohd Wahi adalah Pengetua yang pertama dilantik oleh MARA bagi menerajui Institut Kemahiran MARA Sik dan En. Wan Saiful Baharin Bin Wan Ahmad Marzuki sebagai Penolong Pengetua Hal Ehwal Pelajar dengan di bantu oleh beberapa orang kakitangan pentadbiran yang lain.

    Pada 1 Ogos 2004, pengambilan pelajar sesi pertama telah dilakukan. Dengan bilangan tenaga pengajar yang amat terhad, berbagai masalah terpaksa dihadapi dalam mengendalikan aktiviti pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran. Walaubagaimanapun, semua kekurangan itu telah dapat diatasi dengan semangat kekeluargaan dan lahirlah IKM Sik yang ceria dan mempunyai satu organisasi yang kukuh dan cemerlang.

    Pada awal penubuhan, hanya 4 kursus dijalankan bagi sesi pengajian Jun-Disember 2004 iaitu :-
  • Kursus Teknologi Elektronik
  • Kursus Teknologi Pengiklanan & Rekabentuk Grafik
  • Kursus Teknologi Komputer
  • Kursus Teknologi Penyejukan & Penyaman Udara
Pada sesi pengajian Jun-Disember 2005, telah ditambah 3 lagi kursus baru iaitu :-
  • Kursus Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera)
  • Kursus Teknologi Elektrik (Domestik & Industri)
  • Kursus Teknologi Lanskap
Dari tahun ke tahun warga IKM Sik semakin bertambah dan kecemerlangannya semakin terserlah. Kini IKM Sik mempunyai jumlah pelajar seramai 839 pelajar dan 123 orang staf setakat 30hb Mac 2010, dan akan bertambah dari masa ke semasa.